Emma Maembong Penat Jawab Soal Kahwin

“Jangan tanya saya mengenai soalan yang berkaitan dengan jodoh, boleh?” Itu pinta pelakon genit Emma Maembong, mengenai bilakah dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati, pengacara dan pelawak, Zizan Razak.

Katanya gadis berusia 22 tahun ini, walaupun dua daripada adik-beradik perempuannya, iaitu Syikin dan Yaya Maembong sudah mendirikan rumah tangga, namun ia tidak bermakna dia juga bakal mengikuti jejak langkah mereka untuk menjadi seorang isteri dalam masa terdekat.

Tambah Emma, jika perihal jodohnya sering menjadi bahan tulisan oleh pihak media, dia gusar para peminat akan berasa bosan dan mula mengkritiknya.

“Sejujurnya, saya tidak mahu menjawab soalan ini kerana risau dikritik oleh peminat. Sejak tahun lepas lagi, saya sudah bercakap tentang soal jodoh saya bersama Zizan. Jika perkara ini terus berulang, saya juga yang akan dipersalahkan. Jadi, saya berharap agar tidak terus ditanya tentang soalan klise ini.

“Semuanya terletak pada ketentuan Allah. Jika masanya sudah tiba, maka ia (perkahwinan) akan berlaku juga”, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!