Ahmad Dhani Maki Juruterbang Garuda Indonesia

Pengasas kumpulan Rock terkenal Indonesia, Dewa 19, Ahmad Dhani semalam meluahkan rasa kesalnya terhadap sistem perkhidmatan pesawat penerbangan Garuda Indonesia. Sekaligus dia menempelak seorang juruterbang gara-gara ditinggalkan pesawat tersebut.

Akibatnya, pemilik syarikat rakaman Republik Cinta Management ini lewat sampai ke konsertnya di kota Malang.

Katanya dia lewat sampai di lapangan terang kerana tersekat dalam kesesakan lalulintas sewaktu dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

“Sudah tahu itu penerbangan terakhir, sudah tahu ada kesesakan disebabkan lori trak. Masih ada juga juruterbang yang tidak bertolak ansur terhadap penumpang setia kelas layanan pertama,” tulis Dhani melalui di laman sosial, Twitter miliknya, kelmarin.

Kekesalan Ahmad Dhani semakin bertambah setelah mengetahui tiada lagi jadual penerbangan menuju Malang pada hari sama sedangkan dia mempunyai konsert di Malang.

“Hari ini Pilot @IndonesiaGaruda ke Malang, ‘kampret’. Padahal tiada lagi jadual penerbangan ke sana. Dia tidak boleh fahamkah ada kemalangan di tol, jalan jadi sesak… ADP”.

Ahmad Dhani kemudian menyalahkan juruterbang berkenaan atas kegagalannya tiba di kota Malang. Bengang dengan situasi tersebut, dia terus menggelarkan juruterbang itu sebagai ‘kampret’ (bahasa kasar indonesia bermaksud binatang).

“Kalau @DE19WA gagal buat persembahan di Malang malam ini, itu semua salah juruterbang @IndonesiaGaruda kampret.”

Prihatin dengan kekesalan Ahmad Dhani, pihak Garuda Indonesia segera membuat permohonan maaf.

Akhirnya penerbangan penyanyi juga komposer berpengaruh di Indonesia itu dialihkan jadual penerbangan ke Surabaya.

Melalui akaun Twitter @IndonesiaGaruda, Garuda Indonesia menuliskan: “Kami mohon maaf atas kesulitan yang dialami beliau. Saat ini penerbangan Ahmad Dhani sudah dijadualkan ke Surabaya.”

“Status penempahan tempat duduknya sudah disahkan. Kami berharap beliau segera membuat pengesahan dengan petugas di kaunter lapangan terbang”

Sementara itu ramai peminat yang marah dengan kelakuan Ahmad Dhani memaki hamun juruterbang Garuda Indonesia.

Pemuzik itu lantas dikecam hebat atas sikapnya yang disifatkan peminat sebagai tidak profesional. Malah ada yang mencadangkan Ahmad Dhani supaya dia membeli saja sebuah pesawat peribadi. Bukannya dia tidak berduit!

“Beli saja lah pesawat sendiri… demi profesionalism”, tulis seorang peminat di Twitter dengan nama @h0me_al0ne

Bahkan ada juga peminat membandingkan sikap Ahmad Dhani dengan penyanyi Syahrini.

Syahrini yang dianggap lebih junior dari Ahmad Dhani sudah mampu memiliki pesawat peribadi.

@AHMADDHANIPRAST @DE19WA Masakan tidak mampu beli pesawat peribadi. Anda kalah dengan syahrini. Lol…” tulis peminat yang menggunakan nama @h0me_al0ne.

“@AHMADDHANIPRAST @IndonesiaGaruda bukannya tidak berduit pun Ahmad Dhani ni. Beli saja lah tiket kapal terbang lain. Kata diri tu orang kaya…” – tulis serang lagi peminat @yesangelaaa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.