Sukan SEA Myanmar: Pandelela Kutip Emas Keempat

NAY PYI TAW 19 Dis. – Ratu terjun negara, Pandelela Rinong tidak mempunyai masalah untuk menyapu pingat emas keempat acara terjun Sukan SEA Myanmar selepas mengutip 346.60 mata untuk menduduki tempat pertama acara 10 meter platform wanita.

Malaysia turut mengutip perak menerusi Loh Zhiayi yang mengumpul 292.10 mata mengatasi pemenang gangsa, penerjun tuan rumah, Saw Hla Nandar dengan 233.15 mata. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.