Separuh Akhir Sukan Sea: Malaysia Tewas 4-5 Dalam Sepakan Penalti Dengan Indonesia

NAYPYITAW: Skuad bola sepak negara gagal ke perlawanan akhir Sukan Sea di Myanmar selepas tewas dalam sepakan penalti dengan pasukan Indonesia.

Dengan kekalahan tersebut Malaysia gagal mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Indonesia dua tahun lalu.

Malaysia tewas dengan jaringan 4-5 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa penuh perlawanan.

Terdahulu, Indonesia menjaringkan gol pada minit ke-30 untuk mendahului pasukan Malaysia pada separuh masa pertama.

Pemain penyerang negara, A.Thamilarasu menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-84.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.