Dr Mahathir Alami Pendarahan Hidung, Sidang Media Terpaksa Dihentikan

KUALA LUMPUR – Hidung Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan berdarah sewaktu beliau menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2019 di ibu negara pada Selasa.

Ketika sidang media, Tun Dr Mahathir dilihat beberapa kali mengesat hidungnya menggunakan tuala tangan.

Bagaimanapun selepas beberapa soalan diajukan, perdana menteri kemudiannya dibawa keluar dari majlis terbabit.

Salah seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri mengesahkan kejadian.

“Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami sedikit pendarahan hidung, bagaimanapun beliau berada dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan.

“Beliau bertugas seperti biasa. Berita yang mengatakan beliau bergegas untuk mendapatkan rawatan adalah tidak benar,” kata pegawai terbabit dihubungi Astro AWANI.

Bagaimanapun Tun Dr Mahathir dilihat dalam keadaan sihat dan sempat menjenguk pameran kenderaan Biodiesel di PIPOC 2019.

Sementara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu muat naik di laman Twitter memaklum beliau baharu sahaja bertemu dengan perdana menteri di pejabatnya di Putrajaya, dan perdana menteri memaklumkan beliau kini sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!