Anwar Tuntut Penjelasan, Azmin Diwajibkan Hadir Mesyuarat PKR Esok

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir ke mesyuarat biro politik parti malam esok bagi memberi penjelasan lanjut mengenai isu pertemuan sulit antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, sebagai Timbalan Presiden parti, beliau (Mohamed Azmin) wajib hadir mesyuarat berkenaan.

“Tentu kita akan minta penjelasan dulu. Gejala ini menimbulkan banyak persoalan oleh rakan-rakan, jadi memang patut beliau beri penjelasan.

“Lebih baik beri penjelasan sama ada pertemuan atas kapasiti parti atau kerajaan.

“Tapi kalau atas kapasiti kerajaan, mengapa Ahli Parlimen lain tidak diundang,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau demikian ketika diminta mengulas pertemuan sulit antara Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi bersama beberapa Ahli Parlimen BN dan PKR di di Presint 10, Putrajaya, malam tadi.

Ditanya mengenai kewajaran pertemuan itu diadakan selepas kekalahan besar PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Anwar berkata, ia mencerminkan seolah-olah mereka tidak belajar daripada kekalahan dialami.

“Kadang-kadang, beberapa kawan kita ini tidak belajar daripada pengalaman kekalahan parah di Tanjung Piai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!