VIDEO: Umno-PAS Cuba Jadi Juara Melayu Dalam Isu ICERD, Kata Anwar

SHAH ALAM – Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Umno dan PAS cuba jadi “juara Melayu” berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) meskipun berdiam diri berhubung skandal 1MDB.

Umno dan PAS sebelum ini mengkritik kerajaan yang mahu meratifikasi Icerd. Kedua-dua parti itu semalam mengumumkan akan mengadakan himpunan bantahan bersama di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.