UMNO dan PAS Bukan Gabung Jadi Satu Parti, Tapi Bekerjasama Kuatkan Pembangkang – Tok Mat

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan parti itu tidak akan bergabung dengan PAS untuk menjadi satu parti seperti diperkatakan beberapa pihak.

Mohamad ketika dihubungi NSTP berkata, hubungan UMNO-PAS ketika ini hanya kerjasama antara dua parti pembangkang.

“Tidak pernah ada sebarang perbincangan untuk penggabungan UMNO dan PAS. Jika ada cadangan (untuk penggabungan) saya akan menjadi orang pertama yang menentang perkara itu.

“Kita tidak pernah menyatakan akan bergabung sebagai satu parti politik, tetapi kerjasama yang dijalankan di antara UMNO dan PAS adalah sebagai satu kerjasama parti pembangkang sahaja,” katanya.

Mohamad berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO dan PAS akan bersama-sama memperjuangkan isu-isu semasa di peringkat nasional.

“Kerjasama di antara UMNO dan PAS adalah perlu bukan sahaja untuk menguatkan blok pembangkang tetapi juga dalam menghadapi pelbagai isu negara yang perlu kita sama-sama pertahankan,” katanya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan membuat pelawaan terbuka kepada PAS untuk bersama-sama parti itu dalam gerakan politik di satu ceramah di Kampung Gajah, Perak, pada Sabtu lalu.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, UMNO membuat kesilapan apabila bermusuh dengan PAS.

Sementara itu, ditanya mengenai rayuan berhubung keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Jumaat lalu yang membatalkan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mohamad berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan.

“Saya masih menimbang buruk baik sekiranya saya meneruskan untuk membuat rayuan. Apapun, saya tetap akan terus bertanding di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Kecil nanti,” katanya. – BH

3 thoughts on “UMNO dan PAS Bukan Gabung Jadi Satu Parti, Tapi Bekerjasama Kuatkan Pembangkang – Tok Mat

  • November 20, 2018 at 9:47 am
    Permalink

    Pas nak rakyat sokong jgn gabung?? Parti korup rosak jejas imej PAS?? Baik solo dgn imej bersih ikhlas tanpa rasuah?? Nama rosak busuk kotor sampai bila2?? Tempias akan rosakan PAS?? Tak caya tengoklah…ahli2 PAS pun akan keluar sbb gabung dgn parti korup?? PAS tk yakin kekuatan sendiri kah??? Halatuju dimana?? Pegangan dimana ya?? Selama ni apa yg dicanang?? Apa ikutan..apa pegangan?? Heran da tahu lubuk nk masuk juga???

    Reply
  • November 20, 2018 at 9:50 am
    Permalink

    Cari sakit susah sendiri!!! Cari masalah yg tk diperlukan langsung2?..

    Reply
  • November 20, 2018 at 9:53 am
    Permalink

    Sama jer usah lakon lah?? Tipu jer?? Apa bezanya?? PAS solo ribu juta lebih baik!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.