Tuduh Pemimpin MIC Sikap Budak-budak!

KUALA LUMPUR -Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook diselar kerana menuduh Presiden MIC, A Vigneswaran melanggar peraturan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) .

Katanya lagi Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, S Rajah Anthony sepatutnya tidak membuat kesimpulan awal sebelum keputusan terhadap siasatan polis dimuktamadkan.

“Saya hairan, menteri menuduh Speaker Dewan Negara sebagai melanggar protokol KLIA dan menggesanya minta maaf. Kini, beliau kata kes ini diserahkan kepada polis. Ini menunjukkan Anthony Loke masih tidak matang.

“Sebagai seorang menteri, beliau sepatutnya siasat secara menyeluruh ataupun serahkan kes ini kepada pihak polis. Bukannya, tuduh dahulu. Lepas, itu minta polis siasat.

“Bagaimana, sekiranya pihak polis mendapati speaker Dewan Negara tidak bersalah? Sanggupkah, Anthony Loke mnta maaf kepada Tan Sri (Vigneswaran)?” soal beliau ketika dihubungi oleh Malaysiakini.

14 November itu, Vigneswaran yang juga adalah yang dipertua Dewan Negara didakwa melanggar peraturan keselamatan di KLIA kerana dikatakan tidak menjalani pemeriksaan badan dalam masa yang sama tidak mematuhi kod berpakaian yang sesuai dengan memakai sandal ketika berada di laluan kenamaan.

Vigneswaran dalam pada itu menjelaskan bahawa terdapat kecederaan kecil pada kakinya ketika menemani anak perempuannya yang buat pertama kali menaiki penerbangan sehingga terpaksa memakai selipar.

Dalam pada itu Ketua Polis Selangor Mazlan Mansor berkata kes itu disiasat mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.