Razak Baginda Sedia Bantu Siasatan Dalam Kontroversi Kapal Scorpene

KUALA LUMPUR – Individu yang pernah terbabit dengan kes pembelian kapal selam, Scorpene, Abdul Razak Baginda menyatakan bersedia memberi kerjasama untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian kapal selam sensasi itu.

Razak yang juga bekas penganalisis politik turut memberitahu sedia menghadirkan diri dalam apa jua keadaan supaya siasatan dapat dijalankan.

“Dalam apa jua keadaan saya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya dipanggil, dalam sebarang siasatan,” kata Razak, yang dipetik dalam laporan Malaysiakini.

SPRM sebelum ini membuka semula siasatan berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam berkenaan.

Razak merupakan salah seorang yang dikaitkan dalam kes berkenaan dan didakwa menerima bayaran dari pembelian Scorpene dari pihak pembekal di Perancis pada 2002.

Urusan pembelian itu melibatkan pembekal dari Sepanyol, Izzar Construcciones Navales dan syarikat perkhidmatan Malaysia, Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki Razak.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, sebelum ini juga berkata bahawa penubuhan sebuah pasukan petugas akan di bincang dalam Kabinet bagi menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pembelian dua kapal selam Perancis pada 2002 ketika bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan.

Pada Mei, sebaik sahaja kerajaan baharu dibentuk, Mohamad Sabu berkata beliau perlu mendapatkan gambaran penuh berkaitan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum meneliti butiran isu dan skandal dalam ATM, termasuk pembelian kapal selam Scorpene itu. – Suara.TV

2 thoughts on “Razak Baginda Sedia Bantu Siasatan Dalam Kontroversi Kapal Scorpene

  • November 19, 2018 at 8:43 pm
    Permalink

    Semoga kematian mendiang altantuya terbela??? Harus buka siasatan semula?? Apa perlu org tengah?? Yg beli kerajaan dgn kerajaan?? Tentu ada misteri ??? Skandal??

    Reply
  • November 20, 2018 at 12:58 pm
    Permalink

    Tngkap tanpa bicara dia dan yg terlibat?? Ada kunci pd dia ni??
    Siasat sedalam2nya pasti jumpa kaitan semua?? Sesaorang rakyat monggolia dibunuh kejam? Terimalah akibat perbuatan korang2 dulu?? Tk leh lepas lari punya??? Siapa ketuanya ??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.