Pemandu Rempuh Pelanggan Restoran Berjaya Ditahan

SERI KEMBANGAN – Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai suspek utama kes langgar lari di sebuah restoran di Taman Equine, Seri Kembangan malam tadi, berjaya ditahan polis awal pagi tadi.

Suspek yang berasal dari Sarawak itu, ditahan pada pukul 1.43 pagi selepas majikannya menyerahkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata, kenderaan yang dipandu suspek adalah milik majikannya. Kenderaan itu ditemui ditinggalkan di Taman Universiti Indah.

Katanya, saringan awal ujian air kencing suspek bagaimanapun negatif. Darah suspek juga telah diambil untuk ujian alkohol.

“Kejadian berlaku lebih kurang 8.15 malam tadi, di mana pemandu dengan melulu melanggar beberapa pelanggan restoran. Akibat rempuhan, seorang wanita berusia 57 tahun maut manakala tiga lagi cedera.

“Namun suspek tidak memberhentikan kenderaannya dan terus merempuh tiga lagi kenderaan berdekatan — sebuah Lexus, Perodua Bezza dan Perodua Myvi — sebelum bertindak melarikan diri,” kata Ismadi.

Tambahnya, suspek dijangka akan direman di Mahkamah Petaling Jaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Awani

One thought on “Pemandu Rempuh Pelanggan Restoran Berjaya Ditahan

  • November 19, 2018 at 8:06 pm
    Permalink

    Mabuk ke dadah?? Hukum seberat2 nya makin menjadi2 langgar maut lari…?? Nk race maduk formula 1 lah ngok!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.