Najib Ke SPRM Lagi

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Razak hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi ini.

Kehadiran mantan Perdana Menteri itu dipercayai bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Memetik laporan Berita Harian, kenderaan  yang membawa Najib dilihat memasuki pekarangan bangunan SPRM pada jam 9.23 pagi tadi.

Kali terakhir Najib hadir ke SPRM adalah pada 8 November lalu.

Pada 20 September lalu, Najib didakwa atas 25 pertuduhan iaitu empat salah guna kedudukan membabitkan rasuah dan 21 aktiviti pengubahan wang haram membabitkan nilai kira-kira RM2.3 bilion.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.