Lagi Desakan Waytha Letakkan Jawatan, Disiasat

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa pihak bangkit menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy untuk meletakkan jawatannya, Pemuda UMNO Bahagian Seremban senada dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya menteri terbabit meletakkan jawatan.

Memetik Sinar Harian, ketuanya Zool Amali Hussin berkata, desakan itu berikutan kegagalan Moorthy menguruskan isu-isu perkauman, keagamaan dan perpaduan dengan bijak sehingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Malah, Pemuda UMNO Seremban telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, di sini semalam atas tindakan biadap Waytha itu.

Selain itu, Pengerusi Hindraf itu tidak layak memegang portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, berikutan pernah memburukkan Malaysia kepada negara luar dengan menyebarkan kenyataan palsu berupa fitnah terhadap keharmonian negara.

“Pemuda Umno Bahagian Seremban mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menteri tersebut yang menyebarkan kenyataan palsu dan  fitnah jahat terhadap negara.

“Saya membuat laporan ni supaya pelaku di dalam video berkenaan disiasat di bawah seksyen 4 Akta Hasutan 1948 atau mana-mana undang-undang sedia ada yang berkaitan,” katanya.

Waytha hingga kini tidak menarik balik kenyataan berbaur perkauman yang dibuatnya seperti dalam beberapa video yang tular di media sosial. – Suara.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.