VIDEO: ICERD: Sidang Dewan Rakyat Tidak Puas Hati Jawapan Waytha Terhadap Hak Orang Asli

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat Hari ini menjadi gamat dan riuh apabila mendengar jawapan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib (BN-Maran) yang mempersoal adakah hak-hak Orang Asli yang terbela selama ini di bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) terbatal dengan sendiri jika Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.

Dipetik Utusan Online, Waytha memberitahu hak-hak Orang Asli di negara ini masih akan terbela sekiranya ICERD diratifikasi.

Jawapan beliau itu menerima reaksi tidak puas hati dalam kalangan beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) yang menyifatkan kenyataan Waytha Moorthy sebagai mengelirukan.

“Sekiranya ICERD ditandatangani oleh kerajaan maka boleh dilaksanakan `reservation-reservation’ tertentu bagi menjamin hak Orang Asli terjamin,” katanya pada sesi soal jawab. – Suara.TV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.