Harga Minyak Tak Turun, Tapi Harga Saham Pula Turun

SHAH ALAM – Tindakan pelabur asing yang menarik keluar pelaburan mereka hampir saban bulan sejak PRU14 lalu mencetuskan kebimbangan ekoran ia memberi kesan kepada harga saham-saham, dengan yang paling terkesan ialah kebanyakan GLC yang rata-ratanya  menurun.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan pelabur itu disebabkan keyakinan mereka terhakis akibat langkah-langkah yang tidak bijak yang diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH)dan ekonomi yang semakin menyusut selepas PRU14.

Menurut Najib, sebanyak RM14.2 bilion dana pelaburan asing sudah keluar dari Bursa Malaysia sejak bulan Mei sehingga kini, dengan Indeks Bursa Malaysia juga jatuh sebanyak 200 mata berbanding bulan sebelum PRU14.

“Saya tengok harga saham-saham yang paling terkesan ialah kebanyakkan GLC dan telah rata-rata turun.

“Ini membimbangkan kerana pemegang saham terbesar GLC-GLC disenarai ialah tabung-tabung simpanan rakyat dan kerajaan seperti Khazanah, KWSP, LTAT, PNB dan Tabung Haji.

“Berdasarkan jumlah saham yang dipegang oleh mereka, kejatuhan harga saham Telekom Malaysia sahaja telah menyebabkan Khazanah rugi RM3.9 bilion, KWSP rugi RM2.5 bilion dan ASB rugi RM1.8 bilion berbanding sebelum PRU14,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Najib juga berkata kebanyakan harga unit amanah (unit trust) yang diurus oleh pelbagai institusi kewangan swasta dan kerajaan telah jatuh di antara 5% hingga 25% berbanding permulaan tahun ini.

“Satu contoh ialah nilai satu unit ASN yang diurus oleh PNB. Harganya jatuh 13% dari 0.785 sen ke 0.68 sen hari ini.

“Ini ialah petanda bahawa dividen ASB, KWSP, LTAT dan Tabung Haji untuk tahun ini mungkin jauh lebih rendah berbanding tahun lepas.

“Sudah tentu dividen KWSP untuk tahun ini akan jauh lebih rendah dari kadar 6.9% yang diberi tahun lepas, iaitu kadar tertinggi selama 20 tahun.

“Harga minyak dan kos sara hidup tak turun tetapi harga saham dan nilai simpanan rakyat yang turun?,” sindir Najib. -SuaraTv 

4 thoughts on “Harga Minyak Tak Turun, Tapi Harga Saham Pula Turun

  • November 20, 2018 at 9:32 am
    Permalink

    Contoh ada 1mdb..nfc..felcra..felda..panel solar..kapal layar..altantuya..sirul..azilah..tabung haji..tanah wp..kondo2..tender2 .. semua masuk poket!! MKN..bayar jamin juta2..rampasan dlm rumah ribu juta.. ada banyak isu lagi menyusul..?? Akan ada ramai lagi kuncu2 kroni2 akan dicekup didakwa?? Rakus khianat zalim rasuah?? Apa lagi?? Jackel..BTN.. pru 14 dibtr ceras ..ada gambar adun ditampal belakang beras untuk apa??

    Reply
  • November 20, 2018 at 9:36 am
    Permalink

    Lebih pd imelda markos?? Rakyat akan ingat sampai bila2 zalim rakus kejamnya?? Khianati rakyat yg pilih?? Tahap dimana diri kau ya?? Juta kali baik org2 yg susah miskin tak songlap harta rakyat??? Yg tak rasuah tak pecah amanah walau bukan org agama islam?? Dimana tahap agak2nya kau dan kuncu2 kau ya??

    Reply
  • November 20, 2018 at 9:39 am
    Permalink

    Undang2 dunia ..akhirat.. tak lepas punya?? Nak bawa mana duit2 harta tu?? Dunia tahu apa yg berlaku dulu?? Rakyat pun tahu?? PH terbaik jujur amanah tanpa rasuah!!

    Reply
  • November 23, 2018 at 1:26 am
    Permalink

    Diharapkan pihak mahkamah dapat membuktikan najib.rosmah juga kuncu2 yg dituduh bersalah dgn bukti cukup kukuh betul juga saksi dll
    ..mgkn ada lagi harta2 didlm simpanan kroni2 yg belum dituduh ..didakwa?? Didakwa juta2..byr jamin juta2… senang je dapat duit?? Mana datang duit2 tu?? Heran aneh pelik? Byk sgt kah harta dia orang??
    Patut nk pimpin 1000 tahun lagi….bolih kaya melampau?
    Rakyat ramai yg susah..yg dulu undi kau…tapi malangnya dikhianati!!! Korupsi kuat .. nk bawa mana harta2 tu?? Dlm rumah juta2 dirampas… tk simpan dlm bank kenapa?? Rakyat berhak tanya berhak tahu 2.6 ribu juta ..juga Kes2 lain lagi..byk sgt kes?? Rosmah..kuncu2 ..ada yg belum didakwa spt..nfc felda felcra scorpene kapalayar jet tabung haji.dll lagi! Biar miskin harta jgn pecah amanah..rasuah..korupsi..? PH bersih amanah hapuskan rasuah yg terlalu tinggi sebelum ni?? Tanggungjawab tu amanah?? Berapa lama nak tepis lawan undang2?? Jgn tak tertepis sudahlah ya..??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.