Anthony Loke Sedia Disaman Presiden MIC

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook nampaknya tidak berganjak dengan tuduhannya kepada Yang Dipertua Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran baru-baru ini.

Malah beliau yang yakin dengan tuduhannya bersedia jika Presiden MIC itu mahu menyamannya.

“Terpulang kepada dia, suka hati dia.

“Itu hak dia, kalau dia nak ambil tindakan undang-undang apa saya boleh buat,” katanya.

Beliau turut menafikan tindakannya itu sebagai cara Pakatan Harapan untuk menyingkirkan Yang Dipertua Negara daripada Barisan Nasional (BN) tersebut.

“Ini tidak ada kena mengena dengan politik, saya kata ini berkenaan dengan ‘rule of law,” ujarnya.

Setelah Anthony membuat dakwaan bahawa Presiden MIC itu telah melanggar peraturan keselamatan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 November lalu, Vigneswaran menegaskan sedang mempertimbangkan keperluan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Vigneswaran dalam masa yang sama berkata dakwaan itu tidak berasas.-SuaraTv

One thought on “Anthony Loke Sedia Disaman Presiden MIC

  • November 20, 2018 at 9:55 am
    Permalink

    Rules of law mesti ditegakan..dikuatkuasakan..digenggam..diikuti tanpa prejudis?? Tk kira sapa2 ??? Teruskan anthony loke..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.