PPBM Bermasalah, Pulanglah Pada Umno – Nazri

KUALA KANGSAR — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diharap akan terus ditimpa masalah agar ahlinya kembali kepada Umno, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata dengan kembalinya ahli PPBM adalah diharapkan perpaduan di kalangan orang Melayu semakin erat, lapor Bernama.

“Saya berharap PPBM akan terus ditimpa masalah supaya anggotanya sedar mereka membuat keputusan yang salah dan pulang semula kepada Umno demi perpaduan masyarakat Melayu,” katanya.

Nazri mengulas kegagalan PPBM mengadakan mesyuarat agung tahunan walaupun sudah setahun ditubuhkan.

KFC Delivery Brings You The 2 Kaki Lagi Best Combos!
Advertisement

Dalam perkembangan lain, Nazri berkata pembatalan tempahan dewan di Hotel Seri Malaysia Ipoh yang dibuat PKR Perak tiada kaitan dengan kementeriannya.

Katanya, hotel tersebut di bawah kelolaan Kementerian Kewangan dan pengerusinya juga dilantik oleh kementerian tersebut.

“Hotel tersebut bukan di bawah kementerian saya, jadi saya tidak boleh komen mengenainya, saya hanya boleh beri pandangan.

“Hotel ini juga diwujudkan untuk mendapatkan keuntungan, jadi kalau kita tahan sesuatu program semata-mata kerana dia parti politik lain kita rugi.

“Kalau dia (pembangkang) tak buat (program) dekat tempat kita dia akan buat dekat tempat lain juga,” beliau dilaporkan berkata.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu mengulas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu penjelasan daripadanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.