Katak Dikeringkan Untuk Dijadikan Ubat Anti-Penuaan

Mengejutkan. Katak-katak liar di China akan dibunuh dan dikeringkan untuk dijadikan sebagai ubat tradisional yang popular iaitu sebagai ubat untuk anti-penuaan.

Hasma atau ‘xue ha gao’ dalam bahasa Cina, dihasilkan daripada tiub fallopian katak yang dikeringkan. Ia dikatakan mampu menjadikan seseorang itu awet muda.

Katak yang terpilih adalah jenis spesis terancam dan diletakkan di bawah peraturan perlindungan haiwan liar untuk sumber perubatan.

Hasma menjadi makanan tambahan untuk kesihatan wanita di China dan ia diamalkan sejak kurun ke-16. Manakala kaum wanita yang mengandung pula percaya hasma boleh membantu mereka menghilangkan kedutan.

Menurut ibu kepada dua anak dari Hong Kong, Regina Lo, 48, dia telah menggunakan hasma sebagai makanan tambahan sejak mengandung pada 2002.

“Saya akan makan sekali setiap minggu. Ia dibakar dan dimakan dengan susu atau gula sebagai makanan pencuci mulut.

“Saya tidak nampak sebarang perubahan tetapi secara psikologi saya rasa kulit saya sangat lembut,” katanya.

Bagaimanapun seorang profesor dari Universiti Shanghai, Dr Sun Lihong, berkata meskipun hasma baik untuk kulit namun memakannya terlalu banyak akan mendedahkan seseorang kepada risiko kanser.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.