Jurgen Klopp Puji Mohamed Bantu Liverpool Tewaskan Southampton

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menghamburkan pujian kepada Mohamed Salah di atas persembahan cemerlangnya apabila meledak dua gol untuk membantu The Reds menumpaskan Southampton 3-0 dalam aksi liga di laman sendiri.

Dua gol yang dijaringkan Salah pada babak pertama membolehkannya mengumpul 14 gol dalam semua kejohanan sebelum Philippe Coutinho menggandakan kedudukan kepada 3-0 pada minit ke-68.

Salah berhijrah ke Liverpool dari Roma pada Jun lalu sudah mengumpul sembilan gol dalam aksi liga dan berdasarkan rekod kelab tiada pemain yang melakukannya selepas 12 perlawanan. Itu bermakna Salah berjaya meleburkan rekod Robbie Fowler yang menjaringkan lapan gol.

“Buat masa sekarang dia berada dalam keadaan terbaik. Bagus untuk kami. Saya boleh katakan jaringan pertama menarik kerana peluang yang dicipta tidak begitu meyakinkan namun tetap gol. Untuk gol kedua pula hantaran yang dilakukan memang menarik.

“Saya yakin Coutinho pernah melakukan hantaran seperti ini dalam kariernya namun jarang berlaku kerana adakalanya berlaku situasi ofsaid dan kali ini ia berlaku,” kata Klopp. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.