Hishamuddin Rais, Jamal Yunus Ditahan Polis

PETALING JAYA – Seorang lagi ahli jawatankuasa Bersih 2.0, Hishammuddin Rais telah ditahan.

 

Aktivis itu ditahan di Bangsar Utama pada pagi Sabtu.

 

Hishammuddin merupakan individu kedua ditahan pada Sabtu susulan penahanan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos kira-kira 1.30 pagi Sabtu.

 

Polis mula bertindak tegas pada Jumaat apabila menahan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Ahli Sekretariat Bersih, Mandeep Singh dalam satu serbuan di pejabat badan bukan kerajaan (NGO) itu.

 

Ahli Parlimen Seremban (DAP) Anthony Loke dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran Ronnie Liu turut ditahan pada Jumaat. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.