IM4U Akan Agih Khemah Bagi Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR – 1Malaysia for Youth (IM4U) akan menyediakan kemudahan khemah tertutup bagi mangsa banjir tahun ini.

 

Mengesahkan perkara tersebut, Ahli Lembaga Pengarah IM4U, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, khemah tersebut akan disediakan kepada mangsa banjir beberapa negeri yang mungkin akan terlibat dengan bencana banjir menjelang akhir tahun ini.

 

Beliau dalam pada itu turut mengesahkan bahawa pihaknya akan melakukan penambahan dari segi jumlah khemah yang diperuntukkan berbanding tahun lepas.

 

“Khemah akan digunakan dan akan ada penambahan bergantung kepada jumlah mangsa banjir,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

 

Kata Irmohizam lagi, langkah tersebut dibuat sebagai persediaan kerajaan bagi menghadapi banjir di samping membantu rakyat yang terkesan dengan bencana itu. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.