Vokalis Ezad Exist Ditahan, Positif Dadah

Gombak – Penyanyi dan pelakon lelaki, Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 35 ditahan di perkarangan tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Selayang kerana memiliki satu peket dadah syabu jam 2 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan ke atas artis terbabit menemui satu peket lutsinar dadah jenis syabu seberat 0.3 gram dalam gengaman tangan kiri.

Menurutnya, polis kemudian membawa suspek yang merupakan vokalis kumpuilan Exist ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk menjalani ujian air kencing dan disahkan positif dadah syabu.

“Suspek kini ditahan dan akan direman esok bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan tangkapan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) ADB.

 

Berikut adalah laporan berhubung tangkapan tersebut:

Laporan tangkapan Seksyen 12(2) ADB 1952 & 15(1)(a)

Selayang rpt:26534/14

Pengadu: sjn 111747 Iduan b. Yusof

IO: Insp hakam (BSJND Gombak)

Rampasan:
( 1) peket disyaki syabu
(ab : 0.3 gm)
 Urine positif meth.

OKT:
(B1)Nama: MOHD ROHAIZAD B.MOHAMAD LAZIM
(IZAD EXIST)
umur:34 Tahun
D.O.B: 30/11/1979
Pekerjaan: ARTIS/PENYANYI

Fakta Kes
Bertindak atas maklumat dadah.Pada 19/11/2014 jam lebih kurang 1330 hrs pengadu bersama-sama Anggota Bsjnd Gombak (tugas ops tapis) telah membuat Pemerhatian di kawasan kompleks selayang mall ,selayng bt caves dan tahan sebuah m/kar toyota wish warna biru no pndftrn: WYU 474.dipandu oleh 1/L/M (B1)..anggota serbuan jalankan pemeriksaan terhada suspek telah menemui (1) lipatan kertas putih dan apabila dibuka dapati ada (1) peket kecil plastik lut sinar berisi dadah syabu (a/b: 0.30 gm) dlm gengaman tangan kiri suspek.tangkpan dibawa balik ke pejabat narkotik ipd gombak dan ujian saringan awal polis dapati air kencin suspek positif “METH”(bersangkut slyg rpt:26536/14.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.