Video: Wakil PPPM Lari, Enggan Jawab Isu Penubuhan

Kuala Lumpur – Masyarakat sebelum ini gempar dengan pendedahan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Briged Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM).

Pertubuhan tersebut sebelum ini dikatakan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhan dan menyalahi undang-undang sedia ada dalam negara apabila mengunakan kenderaan mirip kereta peronda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain mempunyai pakaian seragam menyerupai pasukan keselamatan.

Malah mereka turut mengunakan lambang, nombor ahli serta pangkat menyerupai pegawai dan anggota polis

Tinjauan SuaraTV ke permis PPPM bagi mendapatkan komen berhubung isu tersebut, gagal apabila mereka enggan memberikan sebarang maklumabalas.
Walaupun pada mulanya sambutan yang diberikan agak baik, namun sebaik sahaja memperkenalkan diri sebagai petugas media kakitangan tersebut terus berubah sikap.

Ketika diminta menemui pegawai dari PPPM, lelaki yang berada di permis tersebut berkata semua yang bertugas dengan pertubuhan tersebut tiada di pejabat kerana waktu rehat dan tidak pasti sama ada mereka akan pulang ke pejabat atau tidak.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, SuaraTV kemudianya meminta lelaki tersebut untuk menghubungi pegawai PPPM untuk membuat temujanji untuk diwawancara.

Namun sebaik sahaja dia bercakap dengan pegawai tersebut melalui telelon, lelaki yang berumur sekitar 20-an itu mendakwa tidak mengenali mana-mana pegawai yang bertanggungjawab terhadap PPPM.

Dengan nada yang gugup dia berkata baru sahaja bekerja di permis tersebut dua hari yang lalu dan pejabat tersebut milik sebuah syarikat yang menjalankan urusan

Dia turut menjelaskan pejabat tersebut tiada sebarang kaitan dengan PPPM walaupun semua hiasan dan gambar di permis terbabit jelas menunjukkan pertalian dengan pertubuhan tersebut.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dalam satu kenyataan berkata akan menyiasat perkara itu.

Ketua Pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan selaras dengan peruntukan yang disediakan.

“Sekiranya terdapat bukti cukup, JPPM tidak teragak-agak mengambil tindakan selaras peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966, termasuk membatalkan pendaftaran pertubuhan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, berdasarkan rekod, persatuan itu adalah pertubuhan induk bercawangan yang berdaftar dengan JPPM, pada 13 Februari 2003, dengan No. pendaftaran PPM-018-06-13022003 beralamat di No. 3, Lorong Kurnia Jaya 1, Taman Kurnia Jaya, 25150 Kuantan, Pahang.

Mohammad Razin berkata, PPPM adalah pertubuhan bertaraf kebangsaan yang bermatlamat mendapat perlindungan kesihatan dan keselamatan pengguna, menjaga dan memelihara alam sekitar serta memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya.

Tambahnya, matlamat PPPM juga untuk memelihara kemudahan awam yang disediakan kerajaan, merapatkan perpaduan sesama kaum tanpa mengira agama dan bangsa, serta bersama-sama berusaha melindungi pengguna daripada perkara curang, terpedaya atau menerima maklumat mengelirukan.

Justeru, mana-mana anggota PPPM atau pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), tidak dibenarkan sama sekali memakai pakaian seragam dan memberi pangkat menyerupai anggota atau pegawai penguat kuasa yang dilantik dan diwartakan di bawah Warta Kerajaan.

Ia melainkan menggunakan bendera atau lambang atau lencana yang didaftarkan, selaras peruntukan di bawah Seksyen 50 akta sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.