Video: Red Bean Army Dalang Disebalik Gambar Hina Najib Sebagai Sami

Kuala Lumpur – Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial, Ramesh Rao Krishnan Naidu mendakwa penyebaran gambar ‘super imposed’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang menyerupai sami hindu adalah merupakan perbuatan Red Bean Army (RBA).

Menurutnya tindakan tersebut adalah bertujuan untuk mencetuskan perkauman antara masyarakat Melayu dan India.

“Bagi saya ini adalah modus perandi ‘Red Bean Army’ untuk mencetuskan sentimen perkauman antara kaum Melayu dan India.

“Saya yakin ia bukan dikendalikan oleh orang India dan saya jamin ia merupakan kerja Red Beand Army” katanya ketika ditemui petang tadi.

Menurutnya lagi beliau yakin dengan tuduhan tersebut kerana telah melakukan kajian dan perbandingan terhadap laman Facebook yang dikendalikan oleh pasukan gerak saraf pembangkang itu.

Gambar Perdana Menteri dan beberapa pemimpin kerajaan yang lain sebelum ini telah disunting dan ditindih dengan badan seorang sami Hindu yang kemudiannya disembar di laman sosial Facebook.

Tindakan itu mendapat reaksi daripada beberapa NGO yang kemudiannya membuat laporan dan menggesa pihak polis untuk segera mengambil tindakan.

Media sebelum ini mendedahkan RBA sebagai sebuah pasukan gerak saraf yang dibentuk oleh DAP bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang Barisan Nasional (BN), malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu.

Pasukan berkenaan yang berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar, Pulau Pinang dikatakan akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang menyatakan perkara buruk tentang DAP dan pakatan pembangkang.

Red Bean Army juga didakwa memainkan peranan memanipulasi sentimen kaum Cina untuk menolak calon-calon Melayu daripada BN yang bertanding dalam PRU-13 lalu.

Ramesh turut mempertikaikan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disifatkan gagal mengambil tindakan segera berhubung penhinaan tersebut.

“Tapi saya hairan kenapa Polis tidak boleh ambil tindakan segera terhadap pemfitnah ini?

“Kita tidak mahu (tindakan) hanya tutup page tersebut (tapi) tangkap dan hukum mereka, itu yang kita mahu” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.