Saya mewakili pihak Datuk Seri Shahidan Kassim – MP Setiawangsa

Kuala Lumpur – Kerajaan diminta mengambil tindakan terhadap Briged Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), sekiranya gerak kerja badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak mengikut undang-undang.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, kerajaan tidak boleh membuat siasatan terpilih dan tindakan sama perlu diambil, sebagaimana dikenakan terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.

“Sekiranya salah di sisi undang-undang, di mana ia tidak mendapat kebenaran, maka kerajaan harus mengambil tindakan, sekiranya benar ia tidak mengikut undang-undang.

“Sekiranya ia tidak menyalahi undang-undang tidak mengapa, tetapi sekiranya tidak, kena ambil tindakan, seperti mana PPS di Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post.

Mengulas lanjut mengenai kehadirannya ketika merasmikan Seminar dan Pelancaran Sukarelawan Briged PPPM, Jun lalu, Fauzi menjelaskan, beliau hanya berucap mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Fauzi, beliau hanya menghadiri mesyuarat dan bukannya melancarkan Briged PPPM itu.

Tambahnya, beliau tidak mengetahui, jika NGO itu menyalahi undang-undang, kerana beliau hadir sebagai wakil.

“Saya mewakili pihak Datuk Seri Shahidan Kassim, dan ini adalah salah satu NGO yang akan membantu, sekiranya ada bencana alam dan kecemasan.

“KDN (Kementerian Dalam Negeri) kena pantau, dan saya beranggapan bahawa apabila kita pergi itu, mereka telah mendapat semua kelulusan yang sepatutnya mereka dapat.

“Saya hanya pergi atas kapasiti menghadiri mesyuarat yang diadakan, bukan untuk melancarkan program itu. Saya tak rasa saya melancarkan dan apa hal pula saya nak melancarkan pula ini,” ujarnya.

Dari segi penggunaan pangkat pula katanya, dia mahu perkara itu disiasat dan tindakan perlu diambil, kerana ia mengelirukan masyarakat.

Sementara itu, Shahidan ketika ditemui The Rakyat Post bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

 

2 thoughts on “Saya mewakili pihak Datuk Seri Shahidan Kassim – MP Setiawangsa

  • November 20, 2014 at 1:32 pm
    Permalink

    Nak tahu pasal pppm .telefon sya.0169880801

    Reply
  • November 21, 2014 at 8:38 pm
    Permalink

    PPPM menjana hak pengguna dengan kerjasama KPDNKK , setiap pengguna perlu faham apakah peranan pengguna. Briged PPPM adalah salah satu Biro untuk membantu pengguna semasa berlaku gempa bumi ataupun banjir.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.