Remat United Juarai Kejohanan Liga Futsal KAYM 2014

Melaka – Unit Latihan Sukan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) berjaya melaksanakan Kejohanan Liga Futsal KAYM 2014.

Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari mulai 11 November lalu bertempat di Asrama Siswi, Batu Berendam mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pelajar dan kakitangan KAYM.

Kejohanan berjaya menarik penyertaan 16 pasukan yang merupakan kejohanan terakhir Liga Futsal pada tahun ini bagi peringkat kolej. Buat pertama kalinya, 2 pasukan wanita turut serta menghantar pasukan masing-masing dalam menjayakan kejohanan kali ini.

Pasukan Rembat United telah menjadi Johan dengan membawa pulang wang tunai, piala pusingan, hamper serta sijil. Naib Johan pula dimenangi pasukan Chocobiy dengan membawa pulang wang tunai, hamper dan sijil manakala penjaga gol terbaik dimenangi Abdul Rahman Firdaus dari Rembat United.

Hadiah kejohanan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian HEP, Mohamad Nawawi Saad mewakili Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi.

Dalam ucapannya, beliau berharap program seumpama ini akan dapat meningkatkan lagi semangat kesukanan sekaligus mengeratkan silatulrahim di kalangan peserta.

Di samping itu memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan kemahiran dalam bidang sukan sekaligus menyemarak semangat kesukanan dikalangan warga KAYM.

Nawawi berkata sukan dapat menarik minat generasi muda terutamanya para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat sekaligus mengurangkan masalah sosial seperti vandalisma dan sebagainya.

“Keupayaan generasi muda jika diasah dengan betul dan diberi ruang serta sokongan yang secukupnya pasti mampu membentuk diri mereka sendiri menjadi orang yang berguna.” ujuranya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.