Prestasi Buruk, Adnan Hamad Dipecat Selepas 4 Bulan

Riyadh – Bahrain sedang mencari jurulatih bola sepak baharu buat kali kedua dalam tempoh hanya empat bulan selepas Adnan Hamad dipecat berikutan prestasi buruk Bahrain dalam Piala Teluk pada hari Isnin.

Hamad dijangka membimbing pasukan bagi menghadapi Piala Asia bulan Januari selepas menggantikan Anthony Hudson mengikut perjanjian dua tahun apabila Hudson berhenti tiba-tiba pada akhir bulan Julai untuk bimbing pasukan New Zealand.

Bahrain menentang Yemen dalam perlawanan pertama Kumpulan A.

Kekalhan kepada tuan rumah, Arab Saudi 3-0 pada hari Ahad menyebabkan mereka memerlukan kemenangan ke atas Qatar pada hari Rabu untuk mempunyai sebarang peluang untuk layak ke separuh akhir.

“Persatuan Bola Sepak Bahrain mengadakan mesyuarat segera untuk membincangkan prestasi buruk pasukan kebangsaan Bahrain dan keputusan negatif dalam Piala Teluk,” kata Persatuan Bola Sepak Bahrain dalam satu kenyataan.

” Persatuan Bola Sepak Bahrain telah pecat jurulatih pasukan kebangsaan Adnan Hamad dan melantik penolong jurulatih kebangsaan Marjan Eid untuk memimpin pasukan untuk sepanjang kejohanan Piala Teluk.”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.