Penghijrahan Ketam Merah Jadi Perhatian Pulau Krismas

Perth – Saban tahun Pulau Krismas yang terletak di Lautan Hindi, 2600 kilometer barat laut Perth, Australia menjadi tumpuan apabila kira-kira 50 juta ekor ketam merah akan berhijrah untuk tujuan pembiakan.

Pada awal musim tengkujuh yang biasanya pada Oktober atau November, ketam merah dewasa mula berhijrah dari hutan ke pantai untuk membiak.

Penghijrahan biasanya serentak di seluruh pulau ini.

Ketam-ketam jantan mengetuai gelombang pertama penghijrahan dan disertai ketam-ketam betina kemudiannya.

Mereka mengambil masa 5-7 hari untuk sampai ke pantai.

Hujan dan keadaan lembap bermendung membuatkan perjalanan mereka panjang dan sukar.

Semasa waktu puncak, bahagian jalan yang dilintasi oleh ketam merah ditutup kepada kenderaan untuk seketika.

Selepas mengawan, ketam betina menempatkan telur-telur ke dalam lubang kecil sehingga menetas dan berkembang menjadi anak ketam yang sangat kecil.

Selepas kira-kira sebulan di pantai, ketam muda yang diiringi oleh ketam dewasa memulakan perjalanan pulang mereka ke hutan.

Ada yang menghilangkan diri ke bawah batu, ranting pokok yang jatuh dan lain-lain untuk tempoh tiga tahun mendatang.

Aktiviti manusia telah membawa kepada peningkatan kematian ketam merah semasa penghijrahan tahunan mereka.

Ketam merah berisiko kepada dehidrasi apabila mereka terpaksa menyeberangi kawasan lapang yang dibersihkan daripada litupan hutan.

Ketam Merah 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Beribu-ribu ketam dewasa dan muda dilanggar oleh kenderaan semasa mereka melintas jalan raya.

Selain usaha menutup jalan raya yang digunakan sebagai laluan penghijrahan ketam merah, kakitangan Taman Negara Pulau Krismas juga membina dinding dan pagar plastik khas di sepanjang jalan untuk memandu ketam merah menggunakan “lintasan ketam” dan “jambatan ketam” di mana mereka boleh menyeberang dengan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!