Pelacong Perancis Panjat Jambatan Brooklyn Ditahan

New York – Seorang pelancong warga Perancis ditahan kerana memanjat jambatan Brooklyn di New York.

Jonathan Souid, 23, dikatakan berbuat demikian untuk menangkap gambar sebagai kenangan.

Menurut jurucakap polis New York, tindakan Souid sangat memalukan kerana dia boleh didakwa atas kesalahan menceroboh.

Pemuda itu dituduh melakukan aksi berbahaya itu pada 12.29 tengahari, Ahad dan ditahan di Precint 84, Downtown Brooklyn.

Insiden ini berlaku tujuh bulan selepas dua warga Jerman melakukan tindakan yang serupa serta menukar bendera Amerika Syarikat kepada bendera putih.

Kemudian, pada Ogos lalu, seorang pelancong Rusia juga ditahan kerana memanjat jambatan sama dan berjalan di puncak salah satu menara.

Sementara itu Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mengeluarkan arahan mahu langkah-langkah keselamatan di jambatan berkenaan dikaji semula.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.