Pekerja Kilang Dan Pasangan Mengaku Tidak Bersalah ‘Jual’ Wanita Vietnam

Ipoh – Seorang pekerja am kilang dan seorang wanita warganegara Vietnam hari ini dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini atas lima pertuduhan memperdagangkan wanita rakyat Vietnam bagi tujuan seks, antara Jun hingga Oktober lepas.

Tertuduh lelaki tempatan, Teoh Choo Yee, 32, dan warga Vietnam, Huynh Thi Kim Chi, 23, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Terdahulu, pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed atas dakwaan secara bersama-sama dengan beberapa orang yang masih bebas memperdagangkan seorang warganegara Vietnam bagi tujuan eksploitasi seksual secara ugutan.

Mereka juga dituduh memperdagangkan seorang wanita Vietnam bawah umur bagi maksud eksploitasi seksual dan turut berdepan tuduhan memperdagangkan seorang lagi wanita Vietnam bagi maksud yang sama.

Kesemua tuduhan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat No.3, Lengkok Kampar, Taman Kampar di sini pada pukul 12 tengah hari, antara Jun hingga 29 Oktober 2014.

– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.