NGO Buat Laporan Polis Gambar Edit Najib ‘Sami Hindu’

Kuala Lumpur – Gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah disunting menyerupai sami Hindu, telah membangkitkan kemarahan NGO Melayu, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Ia membuat laporan polis semalam terhadap Facebook  ‘Bolehland’ yang menyiarkan gambar tersebut.

Gambar itu telah disunting dengan wajah Najib ditindih-imej pada tubuh seorang sami Hindu.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata ini adalah satu tindakan penghinaan terhadap pemimpin negara dan menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.