LPNS, persatuan basikal NS anjur Jamboree 2014

TAMPIN: Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) bersama Persatuan Basikal Negeri Sembilan akan menganjurkan Negeri Sembilan Nature MTB Jamboree 2014 Sirkit 2 di Stadium Majlis Daerah Tampin di sini, Sabtu ini.

Pengurus Besar LPNS, Baharudin Jali berkata program itu bertujuan menggalakkan masyarakat dari seluruh negara membabitkan diri dalam sukan lasak yang mencabar mental dan fizikal di samping mempromosikan Negeri Sembilan sebagai lokasi tumpuan pelancong khususnya bagi penggemar basikal.

“Ini adalah kali kedua kami menganjurkan program ini dengan kerjasama Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan dan Cycling Never Ends Event.

Peserta dibahagikan kepada enam kategori mengikut umur serta jantina,” katanya di sini, hari ini.

Program akan bermula pada pukul 8 pagi dan membabitkan jarak sejauh 38 kilometer di sekitar daerah Tampin.

Baharudin berkata penganjur mensasarkan penyertaan 800 orang dan hadiah wang tunai lumayan menanti pemenang tempat pertama hingga ke-10.

Turut diadakan acara cabutan bertuah dan pemenang utama berpeluang memiliki sebuah basikal bernilai RM8,000 manakala dua lagi pemenang bertuah akan membawa pulang masing-masing sebuah basikal bernilai RM2,000. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.