Guru Tidur, Murid Berenang Dalam Sekolah?

Kuala Lumpur – Keseronokan bermain air bah menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan kanak-kanak, namum aktiviti itu boleh membahayakan keselamatan mereka, jika tiada pemantauan orang dewasa.

Terbaru, tiga gambar murid sekolah bermain air banjir di sebuah sekolah rendah, dipercayai di pantai timur, tersebar di media sosial.

Gambar yang dimuat naik dalam beberapa laman sosial menimbulkan rasa kurang senang dan ada yang mempersoalkan peranan guru di sekolah terbabit.

Dalam gambar itu, kelihatan beberapa murid yang berpakaian seragam sekolah dan baju sukan bermain air banjir di luar bilik darjah dan dalam kawasan sekolah tanpa pengawasan guru.

Difahamkan, ketika gambar itu dirakamkan, ianya masih waktu persekolahan kira-kira jam 11.45 pagi.

Seorang pemilik akaun yang menggunakan nama ‘Umno Kini Selamanya’ berharap guru dapat meluangkan masa pada musim banjir, bagi membantu mengawasi murid, walaupun waktu pembelajaran sudah tamat.

2 thoughts on “Guru Tidur, Murid Berenang Dalam Sekolah?

  • November 19, 2014 at 12:26 pm
    Permalink

    Ceh!sapa yg ambi pic kalau bukan cikgu….xkan budak bwa hp kot.asyik nak cari salah org je.bestnya main air……..

    Reply
  • November 19, 2014 at 10:28 pm
    Permalink

    Main hujan tu biasalah.tp main banjir is awsome.. Best kan? Biarlah otak budak2 ni berkembang..kt sekolah kan ? Bukan kt tebing tinggi. X perlu risau. Cikgu yg amik gmbar tu. Tgah pantau lah tu..kan kan kan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.