FIFA buat aduan jenayah isu bidaan Piala Dunia

ZURICH: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tampil membuat ‘aduan jenayah’ di mahkamah Switzerland, semalam ke atas individu yang tidak dikenali berhubung bidaan Piala Dunia 2018 dan 2012.

Badan induk itu juga bertegas bahawa sebarang tingkah laku salah tidak mencukupi untuk menjejaskan kejayaan Russia dan Qatar dalam bidaan masing-masing.

Tindakan ini juga menandakan kali pertama FIFA membabitkan diri dalam penguatkuasaan undang-udang berkaitan penyiasatan 18 bulan oleh badan itu sendiri mengenai isu bidaan ini.

Minggu lalu, satu pengumuman dibuat yang menyebut tiada bukti yang mencukupi untuk mengubah keputusan memberikan hak penganjuran Piala Dunia kepada Russia pada 2018 dan Qatar pada 2022.

Sementara itu, Presiden FIFA, Sepp Blatter berkata aduan itu dibuat selepas mendapat pandang nasihat daripada hakim etika badan induk itu, Hans-Joachim Eckert.

“Saya membuat aduan jenayah itu atas cadangan hakim Eckert.

“Saya tak boleh beri komen akan kemungkinan kesalahan jenayah itu. Saya bukan peguam. Saya juga tidak terbabit dengan laporan penyiasatan itu dan saya tidak pernah melihatnya,” katanya dalam laman sesawang FIFA.

-BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.