Ditetak Kawan Baik Kerana ‘Sport Rim’

Tumpat – Seorang pemuda cedera di kedua-dua tangannya akibat ditetak kawan baik di Kampung Kutan Hilir, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika Mohamad Sharul Sudin, 25, dalam perjalanan bertemu rakannya itu bagi menyelesaikan masalah mereka.

Bagaimanapun, sebelum sempat berjumpa di tempat dijanjikan, dia diserang rakannya dengan senjata tajam mengakibatkan kedua-dua tangannya patah dan terdapat kesan kelar.

Kakak Mohamad Sharul, Nor Hafiza, 33, berkata, adiknya dan suspek sudah berkawan sejak kecil dan mereka sekampung.

“Sebelum keluar rumah, dia ada terima panggilan telefon daripada kawannya untuk berjumpa bagi menyelesaikan masalah mengenai ‘sport rim’ kereta milik adik yang diambil suspek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.