Ahok Angkat Sumpah Gabenor Jakarta Hari Ini

Jakarta – Gabenor Jakarta pertama beragama Kristian dalam tempoh hampir 50 tahun dijangka mengangkat sumpah hari ini walaupun terdapat bantahan daripada pergerakan Islam yang menentang bukan Islam memegang antara jawatan politik paling berkuasa di Indonesia.

Istana Presiden menyatakan, Presiden Joko Widodo akan menghadiri majlis mengangkat sumpah Timbalan Gabenor itu, Basuki Tjahaja Purnama, yang juga lebih dikenali sebagai ‘Ahok’.

Ahok adalah pemangku gabenor sejak Widodo berundur bulan lalu untuk menjadi presiden.

Beratus-ratus anggota pergerakan Islam melakukan bantahan terhadap Ahok dan beribu-ribu anggota polis ditempatkan di sekitar ibu negara Indonesia ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kekacauan.

Majlis pelantikan Ahok ditangguhkan sebelum ini bagi menunggu persetujuan presiden berhubung pelantikannya.

Semalam akhbar ‘Jakarta Globe’ memetik Menteri Dalam Negeri, Tjahjo Kumolo sebagai berkata, majlis akan berlangsung minggu depan.

Adalah tidak diketahui kenapa majlis berkenaan dipercepatkan kepada hari ini. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.