Siasatan Kes KT Vasagam Muat Naik Gambar Babi Halal Sedang Dilengkapkan – Polis

GEORGETOWN – Polis kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki menghina agama Islam di laman sosial baru-baru ini.

Pemilik akaun Facebook dengan nama KT Vasagam itu dicekup Selasa lalu susulan tindakannya memuat naik gambar babi berlogo halal sehari sebelumnya viral di media sosial dan membangkitkan kemarahan umum.

Memetik laporan Bernama semalam, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, lelaki berumur 63 tahun yang bekerja sebagai ejen pelancongan itu telah dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut kes itu termasuk melengkapkan siasatan dengan merekodkan keterangan daripada beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang membuat laporan polis berhubung perkara itu,” katanya.

Rabu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed mengesahkan penahanan suspek dilakukan kerana memuat naik gambar dan kenyataan jelik di Facebook.

“Suspek bekerja sebagai ejen pelancongan di Pulau Pinang memuat naik kandungan FB dengan gambar profil peribadinya memaparkan gambar seekor babi dengan logo halal berserta kenyataan jelik “Mufti?Hadi?Zakar Naik?Mullah?Lebai?…explain”.

“Dia datang ke Balai Polis Timur Laut sebelum ditahan di sana untuk tindakan lanjut,” katanya.

Suspek turut membuat hantaran “Did you know that insulin used for diabetics is sourced from pig meat. And 25% of the Arab people use it. Now tell me how Allah was right about pigs”.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda RM20,000 atau kedua dua sekali. – SuaraTV

Lain-lain berita hangat;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.