Setiausaha Politik Anwar Tarik Balik Kenyataan Selepas Ahli Parlimen Nafi Sertai PKR

IPOH – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hari ini menarik balik kenyataannya sebelum ini yang mengumumkan kemasukan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, ke dalam parti itu.

Farhash Wafa yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laporan BH pagi tadi berkata, “segala kesulitan akibat kenyataan terdahulu itu amat dikesali”.

Malam tadi, menerusi satu kenyataan media, Farhash Wafa mengumumkan penyertaan Syed Abu Hussin bersama PKR dan mengalu-alukan kemasukannya selepas lebih setahun meninggalkan UMNO.

Menurut Farhash Wafa, Biro Politik PKR Pusat telah menerima permohonan Syed Abu Hussin dan bersetuju menerima keahlian Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

“Baru sahaja dipersetujui untuk menerima keahlian beliau pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini.

“Dengan pengalaman yang dimiliki beliau, saya yakin ini dapat membantu kerajaan Pakatan Harapan dan memanfaatkan Majlis Pimpinan Negeri Perak pada masa yang sama.

“PKR kini memiliki 51 Ahli Parlimen dan semoga saf parti dirapatkan dalam menjulung Presiden kita sebagai bakal perdana menteri kelapan di masa hadapan,” ujarnya dalam kenyataan yang disiarkan secara meluas oleh media tempatan malam tadi.

Berita berkaitan; Baru Setengah Jam Diumum Sertai PKR, Kini MP Bukit Gantang Nafi Pula

Pengumuman Setiausaha Politik Anwar itu bagaimanapun mencetuskan teka-teki umum apabila kira-kira setengah jam selepas kenyataan tersebut disiarkan media, Syed Abu Hussin tampil menafikan perkara berkenaan.

“Kenyataan media (kononnya) saya menyertai PKR tidak benar sama sekali. Saya tidak pernah memohon untuk menjadi mana-mana ahli parti selepas keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 27 Jun tahun lalu.

“Pihak yang mengeluarkan berita tidak benar ini harus bertanggungjawab dan menarik balik laporan itu bagi membersihkan nama saya,” katanya dalam satu kenyataan, lewat malam tadi. – SuaraTV

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!