Zahid Perlu Kekal Sebagai Presiden UMNO Sehingga Keputusan Mahkamah, Kata Penganalisis Politik

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu dikekalkan jawatannya sebagai presiden parti Melayu itu sehingga keputusan mahkamah diputuskan, kata penganalisis politik, Ab Jalil Backer.

Dalam tulisannya di laman sosial Facebook, Ab Jalil menulis, terdapat dua sebab Zahid perlu dikekalkan jawatannya walaupun didakwa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.

Justeru itu, Zahid perlu dibenarkan menunaikan tanggungjawabnya memikul jawatan sebagai Presiden UMNO sehingga tamat penggal pentadbirannya.

“UMNO bukan lagi parti pemerintah yang boleh dituduh mempengaruhi sistem kehakiman.

“Terdapat angin kuat bahawa kerajaan Tun Mahathir akan mendakwa sebahagian pemimpin tertinggi UMNO bagi melumpuhkan parti,” tulis Ab Jalil Backer.

Beliau menambah adalah tidak wajar bagi Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan kedudukan Zahid dalam parti kerana presiden itu belum diputuskan bersalah dan perlu menjalani sebarang hukuman.

Sekiranya UMNO mendesak dan mahukan jawatan Zahid ditarik semula, ia seolah-olah menggambarkan UMNO mengikut telunjuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan membolehkan Presiden parti itu berubah setiap dua bulan.

“Jika kita terikut rentak kerajaan maka UMNO akan mempunyai Presiden baharu setiap dua bulan,” tulisnya lagi.

Zahid ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan, semalam.

Zahid ditahan pada jam 3.15 di SPRM dan enggan diikat jamin bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan telus.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati Zahid agar tabah dan kuat menghadapi dugaan yang diberikan oleh Allah SWT ketika ini.

One thought on “Zahid Perlu Kekal Sebagai Presiden UMNO Sehingga Keputusan Mahkamah, Kata Penganalisis Politik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.