“You’re Still My President, Sir”, KJ Nyata Sokongan Pada Zahid

SHAH ALAM – Sungguhpun dilihat agak lantang mengkritik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tetap menyatakan sokongan kepada Presiden UMNO itu.

Khairy pagi turut sama hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberi sokongam moral kepada Zahid.

Sebelum itu, Khairy malam tadi menerusi perkongsian di Instagram menulis, “I know I’m hard on you, but you’re still my President, sir.

“Please know that you’re in my prayers tonight”, kongsinya menerusi IG Stories.

Ia susulan berita penahanan reman Ahli Parlimen Bagan Datuk itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Zahid bermalam semalam di lokap SPRM malam tadi, sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi untuk didakwa. 

Zahid berdepan dengan 45 pertuduhan  pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM100 juta.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan terhadapnya. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM2 juta. 

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau sebelum ini mengkritik Zahid yang didakwa menjadi punca Datuk Seri Mustapa Mohamad bertindak keluar UMNO.

Kahiry menyalahkan Zahid kerana kerjasama yang dihulurkan parti itu dengan PAS menyebabkan UMNO kini ‘kehilangan sinarnya’. -SuaraTv 

One thought on ““You’re Still My President, Sir”, KJ Nyata Sokongan Pada Zahid

  • October 19, 2018 at 5:19 pm
    Permalink

    Sir apa curi duit? Penyamun semua parti korup!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.