Tindakan Ke Atas Ahmad Zahid Kerana Enggan Tunduk Desakan Bubar UMNO

PUTRAJAYA –  Kira-kira 200 penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkumpul di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, malam tadi sebagai tanda solidariti bersama presiden Umno itu.

Kumpulan yang diketuai Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam mula berkumpul sejak 8 malam tadi dan ada yang memakai baju berwarna jingga tertera “Lokap SPRM” bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap penahanan Zahid oleh SPRM pada Khamis.

Turut serta dalam kumpulan itu ialah isteri Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis dan anaknya, Datuk Nurulhidayah.

Dalam ucapannya, Hamidah mendakwa Zahid pernah ditawarkan untuk meninggalkan Umno kerana parti itu dikatakan tidak lagi diterima rakyat dan patut dibubarkan, namun suaminya berkata selagi ada nyawa, beliau tidak akan meninggalkan atau menyerahkan Umno kepada Pakatan Harapan.

Sementara itu, Lokman yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, penahanan Zahid ialah cubaan PPBM melemah dan memusnahkan Umno.

“Apabila ‘jeneral’ Umno ditahan, mereka mahu lihat kita lemah dan longlai. Mereka boleh tekan kita, tetapi kita akan lawan, lagi kuat kita lawan demi Umno.”

Lokman mendakwa penahanan Zahid dibuat kerana presiden parti enggan tunduk kepada desakan membubarkan Umno.

“Ada di kalangan pemimpin Umno ditawarkan pihak tertentu dengan jawatan dan wang ringgit untuk meninggalkan Umno,” dakwanya.

Berita Berkaitan;-

“Khairuddin Yang Kata Saya Penipu Itulah Atur Pertemuan Dengan Dr Mahathir” – Ahmad Zahid

Mahathir Khuatir UMNO Terus Berpengaruh Dikalangan Orang Melayu

Saya Tak Minta Pertemuan, Tapi Pihak Dr Mahathir Yang Jemput Bertemu – Ahmad Zahid

Zahid ditahan SPRM berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.

SPRM memaklumkan Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

SPRM berkata, Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 pagi Jumaat untuk pertuduhan itu. – FMT

2 thoughts on “Tindakan Ke Atas Ahmad Zahid Kerana Enggan Tunduk Desakan Bubar UMNO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.