Tanah Runtuh, 3 Maut, 12 Masih Hilang

GEORGETOWN: Tiga maut, manakala 12 lagi buruh binaan jalan raya berkembar di Bukit Kukus di sini, dikhuatiri masih tertimbus selepas kontena didiami mereka terbabit dalam kejadian tanah runtuh, sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, sebahagian kawasan pembinaan lebuh raya berkembar yang menempatkan kediaman buruh binaan projek terbabit terbalik ekoran hujan lebat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saidon Moktar, berkata kawasan runtuhan itu dianggarkan seluas 1,000 kaki persegi.

“Kejadian ini membabitkan empat kontena buruh binaan lebuh raya berkembar ini yang tertimbus ekoran kejadian runtuhan tanah berkenaan.

“Mayat pertama ditemui kira-kira jam 3.40 petang tadi, manakala operasi mencari dan menyelamat mangsa lain masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, sebentar tadi. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.