Penyokong Berkumpul Di Mahkamah Sejak Awal Pagi Tanda Solidariti

KUALA LUMPUR – Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini menjadi tumpuan dengan lebih 1,000 orang penyokong dan juga ahli-ahli UMNO berkumpul sebagai tanda solidarity terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Seawal pukul 6.30 pagi, ahli-ahli UMNO yang berbaju merah dan siap membawa pelbagai sepanduk mula berkumpul di luar kompleks mahkamah berkenaan.

Antara sepanduk yang dibawa bertulis ‘ Solidariti Bersama DSZH’, ‘Selamatkan Sekolah Tahfiz’, ‘Kami Bersama Tegakkan Rule of Law, Bukan Rule of Jungle’, ‘Hentikan Penyelewengan Kuasa’, ‘Tahfiz Bukan Jenayah’ dan ‘Tolak Kezaliman’.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut meluangkan masa hadir pagi tadi bagi memberi sokongan moral kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Walaupun kompleks perkarangan lokasi itu dikawal ketat oleh polis dan orang ramai tidak dibenarkan masuk, namun ia tidak mematahkan semangat ahli-ahli UMNO untuk berkumpul.

Semalam, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada 3.15 petang berhubung siasatan kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – MediaUMNO

One thought on “Penyokong Berkumpul Di Mahkamah Sejak Awal Pagi Tanda Solidariti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.