Najib Teman Setia Di Saat Getir

KUALA LUMPUR – Kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke mahkamah hari ini demi memberi semangat kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendapat pujian.

Bekas Perdana Menteri itu dianggap sebagai teman sejati yang sukar ditemui di saat genting, demikian menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz.

“Alhamdulillah, pada saat seperti ini, tak mudah cari teman sejati, yang mengaku kawan dulu bukan saja dah tinggalkan kita, lebih teruk lagi bila ada yang mengkhianati kita berulang kali.. Datuk Seri benar-benar teman sejati,” katanya menerusi Twitter

Ia turut disokong oleh netizen di laman media sosial itu.

“Assalalamualaikum…Tun Faisal Salam jumaat betul apa yg bro cakap masa kita ok semua dari jauh pun kata kita adik beradik dah tak dpt bantu diaorg lg sbb dah pension kita di buat mcm sampah bro betul tak apa yg sy cakap,” kata @hasnilam58

“Inilah namanya sahabat sejati. Terbaiklah DS,” kata @ZowMasterXY.

“Untung org pekan mndpt seorg pemimpin yg berjiwa rakyat tidak fokus kpd agenda peribadi…Semoga Allah SWT melindungimu, mempermudahkan segala urusanmu DSN & terus tabah menghadapi fitnah, penghinaan, aib, aniaya & kezaliman etc etc yg di lemparkan kpdmu…Aamiin..,” kata Amy Hamid.

Najib pagi tadi hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 9:15 pagi untuk memberikan semangat kepada Zahid.

Najib berharap agar Ahmad Zahid tabah menghadapi dugaan apabila ditahan atas dakwaan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebuah yayasan.

Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan pecah amanah dengan jumlah tertinggi RM17 juta, di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta 8 lagi pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Beliau juga didakwa bagi 27 pertuduhan lagi berkaitan pengubahan wang haram yang berjumlah RM72 juta, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.- SuaraTv

2 thoughts on “Najib Teman Setia Di Saat Getir

  • October 19, 2018 at 5:25 pm
    Permalink

    Lucut semua gelaran tk layak?,
    Terima lah apa yg kau tipu semua rakyat malaysia.. berdosa kau pd semua rakyat??? Kau tanggunglah tak aman tak senang pun hidup kau?? Kau aniaya semua??? Sumpah akujanji kau engkar khianat???

    Reply
  • October 19, 2018 at 5:27 pm
    Permalink

    Berapa lama tak mengaku?,, spesis bongkak takbur bodoh sombong khianat?,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.