Najib Hadir Di Mahkamah Beri Sokongan Kepada Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada pukul 9.18 pagi di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Halim sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pekan itu yang hadir memakai baju batik berwarna ungu tiba di kompleks mahkamah menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih.

Bekas Presiden UMNO itu sempat melambaikan tangan sambil melemparkan senyuman kepada para wartawan serta jurugambar.

Kedatangan Najib, 65, adalah untuk memberi sokongan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dijangka menghadapi 45 pertuduhan berjumlah lebih RM10 juta di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sebelum ini beliau telah menerima notis untuk hadir ke SPRM dipercayai berhubung siasatan penyelewengan dana yayasan milik keluarganya iaitu Yayasan Akal Budi. —UTUSAN

2 thoughts on “Najib Hadir Di Mahkamah Beri Sokongan Kepada Ahmad Zahid

  • October 19, 2018 at 5:30 pm
    Permalink

    Buatlah apa pun.. sama2 lah dakwa tangkap jatuh hukum seberat3nya pd semua yg korupsi??,, ramai lagi akan menyusul spesis 2 korupsi ini!!
    Nfc lembu ..1mdb ..felda??? Byk lagi wohhhh??,

    Reply
  • October 19, 2018 at 5:31 pm
    Permalink

    Allah swt maha adil maha mengetahui.. tk dpt tipu punya???, takbur bongkak bodoh sombong !!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.