Mahkamah Tempat Terbaik Untuk Pembelaan – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: “Saya akan menggunakan mahkamah sebagai tempat terbaik untuk melakukan pembelaan.”

Itu antara reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebaik membayar jaminan dan dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, sebentar tadi.

Ahmad Zahid yang didakwa atas 45 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di sini, berkata, beliau reda dengan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

“Keredaan ini adalah untuk menentukan bahawa segala apa yang diterima adalah suatu ujian daripada Allah kepada segala usaha yang sudah saya lakukan.

“Saya merasa bahawa sebarang kerja amal baik yang dilakukan masih lagi dianggap sebagai sesuatu yang melanggar perundangan,” katanya.

Ahmad Zahid ditemani isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis, turut memberitahu bukan saja akan melakukan pembelaan terhadap semua pertuduhan berkenaan tetapi akan turut menjelaskan perkara yang termasuk dalam pendakwaan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau akan buktikan apa yang sudah dilakukan dengan pembinaan beberapa premis termasuk tahfiz, masjid, surau dan rumah anak yatim, semuanya untuk Islam.

“Bagaimanapun, ini bukan tempat yang terbaik untuk memperjelaskannya. Saya akan lakukan di mahkamah dan apa saja pendapat berbeza dalam kalangan masyarakat… saya serahkan kepada Allah.

“Kerja baik yang saya buat dengan niat untuk menegakkan agama Allah, mudah-mudahan Allah memberikan perlindungan kepada saya,” katanya kepada media sebaik membayar ikat jamin RM2 juta secara berperingkat yang diperintahkan mahkamah.

Terdahulu, beliau keluar dari perkarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 12.45 tengah hari dengan dikawal ketat anggota polis dan pengawal peribadi.

Beliau kemudian meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk bersama penyokongnya. – BERITA HARIAN

3 thoughts on “Mahkamah Tempat Terbaik Untuk Pembelaan – Zahid Hamidi

  • October 19, 2018 at 5:18 pm
    Permalink

    Penyamun perompak penyangak..salah tetap salah hukum tetap hukum seberat2 nya?, tak leh lari punya?? Korang semua pengkhianat ??
    Terimalah apa yg buat jahat dulu!! Allah swt maha adil!!!!

    Reply
    • October 20, 2018 at 12:23 am
      Permalink

      Tak payah MENYAMAQlah si PARASIT DAPbangkai JIJIK HOMO puaka2 ZIONIS CIA/MOSSAD-IS(IS)rael/SOROS oi!! Yang $160 BILLION duit RAKYAT dan negara yg. di ROMPAK oleh si PARASIT2 madey kerala-daim, TAK pula lu MELALAK aaahhh?!! Itulah, syukriHOMO SP*M/PD*M dah diANJINGkan oleh rejim PARASIT PEROMPAK/PENJAJAH/PENGGANAS madey kerala-daim/DAPbangkai ni!

      Di –

      Mahathir’s RM160 billion banking empire

      Raja Petra Kamaruddin

      By MT Webmaster

      Malaysia Today
      Last updated Oct 20, 2017
      (sbb. tu si PARASIT2 madey kerala/DAPbangkai amat BENCI dan nak TUTUP mulut RPK/Malaysia Today yg. amat BERANI ni!!!)

      Reply
  • Pingback:Mahkamah Tempat Terbaik Untuk Pembelaan – Zahid Hamidi | Malaysia Updates News Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.