Beliau ketika berucap di hadapan lebih 200 penyokong Ahmad Zahid berkata, pertuduhan tersebut merupakan satu detik yang sangat mencabar kepada parti berkenaan dan meminta agar ahlinya terus istiqamah memberikan sokongan padu kepada pucuk pimpinannya.

“Kita buktikan kita boleh jadi pembangkang yang kuat dan wibawa, tiada sebarang usaha yang boleh mematahkan semangat kita dalam UMNO.

“Dan selepas ini kami akan bangkit dan buktikan bahawa UMNO tetap relevan tetap mara dan menjadi pilihan rakyat untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau turut berkata, sekiranya ada ura-ura Ahli Parlimen UMNO tidak lagi setia, beliau dan beberapa lagi pimpinan tertinggi hadir pada hari ini untuk mmbuktikan kesetiaan mereka.

“Saya datang pada hari ini, Tan Sri Annuar (Musa) datang pada hari ini tetap setia bersama dengan UMNO.

“Kekuatan kami bersandar pada kekuatan akar umbi… Saya datang dan melihat sendiri ramai datang dari jauh beri semangat untuk kita terus lawan musuh UMNO,” ucapnya di hadapan pintu pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE