“Kita Terus Bangkit Tentang Kezaliman”

SHAH ALAM – Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan menyeru ahli parti itu untuk terus berdiri teguh di belakang Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang menghadapi pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Zahida berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) sengaja menyasarkan presiden UMNO untuk melemahkan parti. 

“Mereka cuba melemahkan semangat orang-orang UMNO dengan pendakwaan terhadap Presiden. Jangan kita patah semangat. Teruskan perjuangan.

“Saya kagum dengan semangat ditunjukkan oleh para pejuang semua. Terima Kasih kepada yang hadir bersolidariti di Mahkamah Duta pagi tadi.. Kita akan terus bangkit menentang kezaliman! #UMNOBangkit,” tulisnya dalam laman sosial Facebook.

Zahid berdepan dengan 45 pertuduhan  pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM100 juta.

Zahid bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan pecah amanah dengan jumlah tertinggi RM17 juta, di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta 8 lagi pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Beliau turut mengaku tidak bersaah terhadap 27 pertuduhan lagi berkaitan pengubahan wang haram yang berjumlah RM72 juta, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan rasuah itu termasuk dakwaan peranannya dalam perkhidmatan penyumberan luar Kementerian Dalam Negeri yang dikaitkan dengan MyEG Services Sdn Bhd, dakwaan menerima wang daripada seorang pengarah Data Sonic Group Bhd untuk membekalkan 12.5 juta cip bagi pasport Malaysia dan melantik sebuah syarikat mengendalikan sebuah pusat sehenti di Pakistan serta Nepal bagi memproses visa kerja.

Pertuduhan pecah amanah pula didakwa dilakukan antara Januari 2014 hingga Mac 2018, kesalahan di bawah Akta SPRM itu antara Julai 2016 dan Mac 2018, manakala pengubahan wang haram sejak 27 Mac 2016. 

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM2 juta. 

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut diperintahkan menyerahkan pasport sebagai syarat jaminan.

Mahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan kes. -SuaraTv 

3 thoughts on ““Kita Terus Bangkit Tentang Kezaliman”

  • October 19, 2018 at 11:49 pm
    Permalink

    Salah tetap di hukum.. tak kira sapa2 ?? Jika terbukti bersalah korang nak sokong ker?? Adakah PH zalim??Parti dulu tak zalim..kejam..rakus..rasuah??
    Buka mata lihat lah rampasan jutaan ringgit dlm rumah? Itu apa cerita?? PH cuba pulih ekonomi .. dan segala kesalahan betulkan apa yg salah silap!! Bukan balas dendam?? Korang ni cerdik ke tidak??

    Reply
  • October 20, 2018 at 7:26 am
    Permalink

    Yang $160 BILLION duit RAKYAT dan negara yg. di ROMPAK oleh si PARASIT2 madey kerala-daim, TAK pula lu MELALAK aaahhh?!! Itulah, syukriHOMO SP*M/PD*M dah diANJINGkan oleh rejim PARASIT PEROMPAK/PENJAJAH/PENGGANAS madey kerala-daim/DAPbangkai JIJIK HOMO puaka2 ZIONIS CIA/MOSSAD-IS(IS)rael/SOROS ni!!

    Di –

    Mahathir’s RM160 billion banking empire

    Raja Petra Kamaruddin

    By MT Webmaster

    Malaysia Today
    Last updated Oct 20, 2017
    (sbb. tu si PARASIT2 madey kerala/DAPbangkai amat BENCI dan nak TUTUP mulut RPK/Malaysia Today yg. amat BERANI ni!!!)

    Reply
  • October 20, 2018 at 7:56 am
    Permalink

    Korang muka penyapu?? Yg salah rasuah pun nak bela?? Bodoh mcm unta!! Korang da biul bangang tongong ??? Da rosak hancur musnah korupsi..rasuah!! Terlampau banyak3 salahlaku korang yg tamak haloba takbur bongkak??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.