Datasonic Nafi ‘Suap’ Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Datasonic Group Bhd menafikan syarikat memberi suapan kepada Datuk Seri Zahid Hamidi ketika menjadi Timbalan Presiden UMNO untuk kontrak pembekalan 12.5 juta cip passport.

Perkara itu dinyatakan dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia dibuat setelah Zahid dituduh menerima dua cek RM6 juta daripada pengarah urusan dan pemegang saham utama Datasonic Chew Ben Ben, pagi tadi.

Syarikat itu juga berkata Datasonic Technologies Sdn Bhd (“DTSB”) mendapat kontrak pembekalan laman data polikarbonat dan sistem cetakan secara tender terbuka.

Menurut kertas pendakwaan mahkamah, Datasonic pada Disember 2015, memperoleh kontrak kerajaan bernilai RM318.75 juta untuk membekalkan 12.5 juta cip pasport dari Disember 2016, sehingga akhir November 2021. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.