Subramaniam: Cameron Highlands Milik MIC

Kerusi parlimen Cameron Highlands kekal milik MIC, kata presidennya Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata dakwaan Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Tan Sri M Kayveas bahawa kerusi Parlimen Cameron Highlands akan dikembalikan kepada parti itu adalah tidak benar sama sekali.

“Perdana Menteri (yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri telah memaklumkan kepada saya bahawa kerusi tersebut adalah milik MIC dan tidak akan berubah kepada parti lain,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali di kediamannya di Lorong Ujong Pasir, Melaka, semalam.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan Kayveas bahawa kerusi parlimen Cameron Highlands akan diserahkan kepada MyPPP berdasarkan janji bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2000.

Presiden MIC itu berkata Najib tetap dengan pandangan bahawa kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah milik MIC dan ia dipersetujui oleh parti komponen BN yang lain.

Dr Subramaniam berkata dakwaan Kayveas bahawa kerusi Parlimen itu adalah milik MyPPP mengikut faktor sejarah adalah tidak tepat kerana sejarah berubah-ubah.– Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.